Monday, November 23, 2009

Yabedabedooo!!!

I've just opened my email.Guest what? I got two free tickets to watch Zahiril Adzim new movie "Karaoke".Mokteh,I tak sangka I menang.I heppi.Kalau kamu masih ada di Selangor,contact-contact la I.This coming thursday,I nak pergi watch this movie.Mana tahu boleh jumpa ZA kegemaran kamu tuh.Yahoooo.Hati I sekarang sangat berbunga-bunga (sedang menari-nari kegirangan di dalam bilik.Seb baik rumet I takde).Yabedabedoo!!!



Nota kaki:- This movie hanya ditayangkan di Midvalley je.Harap-harap boleh jumpa ZA.Nak tengok tahi lalat dia.Hehehe.

Saturday, November 21, 2009

This is not good bye T_T

This is not Good bye yet dear .Berkali-kali saya ulang ayat ini kepada sahabat-sahabat yang emo mahu berpisah dengan saya.Saya kata "Kita akan jumpa lagi,percayalah...(tiba-tiba saya nyanyi lagu siti.~Percayalah.....Ok.Tipu je).We will still be friends,and always will.Kawan-kawan, I missed all of you already.Saya harap sangat-sangat persahabatan kita tak akan hilang sampai bila-bila.Kalaupun saya sibuk,kalian akan contact saya supaya saya akan adakan juga masa untuk kalian.Saya pasti akan mengingati kalian,jika kalian mengingati saya.

Saya doakan anda semua berjaya menjadi engineer yang beriman.Saya doakan kita semua dapat balas jasa ibu dan ayah kita yang tak henti-henti berkorban demi kita semua (saya dan sahabat-sahabat saya berkobar-kobar mahu membalas jasa ibu dan ayah).Saya doakan semua sahabat-sahabat saya sentiasa berpijak di bumi yang nyata ( jangan lupa bumi yang di pijak,kita tak selamanya di atas).Saya juga doakan semoga sahabat-sahabat saya sihat,bahagia bersama orang-orang yang menyayangi dan menghargai kalian.

Kami Bertujuh

Bergambar kenangan di Pusat Karaoke ECM.Sangat best la tempat ni.I suggest la kat u oll semua yang suka berkaraoke.
Di Mc'D TC
Mahu pergi tengok Movie
Kenangan Terindah bersama sahabat-sahabatku
With Zam ( I love his voice,bikin gua jatuh cinta je with his voice),Ejad and Cik Jelita
Aksi Bebas
Sarang-nge kawan-kawan
Cium sket..Hang out dengan Encik Ejad (member-member aku panggil Ejad muka bersepah,tak baik betul) Muka tersenyum,dalam hati I Tuhan jela yang tahu,sakit tau pung**** I duduk atas lumput tajam nih
Masa ambil gambar nih,semua kereta pun sibuk nak horn kereta mereka.Jeles la tuh.Kalau nak join cakap jela.
Dinner yang sangat best!

P dan S:- Akhir kata,saya yakin,bumi ciptaan Allah ini luas,tapi ia tetap bulat/sfera.Kalau jodoh kita ada,pasti kita ketemu lagi.Encik Jodoh,datang la sini cepat,I missed you.

Sunday, November 15, 2009

Sehati beronggeng

Saya betul-betul penat hari ini.Satu hari suntuk diperuntukkan bersama my sayang-sayang and jatam-jatam terhangit.Bahahhaa.Seriously,sangat letih but it was worth it.

Kami sepakat untuk buat aktiviti bersama-sama selagi masih ada peluang.So,today was the day.Kami bersama-sama berpicnic di Cherating.Teruja giler.Well,sebab nak berpisah dah after this,so let's make hay while the sun shine.

Pagi-pagi get ready with the food and all.Tapi,biasa lah budak-budak jatam nih,kejut,call,message pun semua haram tak bangun.Rasa macam nak pergi baling batu je kat bilik dorang.Haaiiishshh!!Takpe-takpe,kita mahu have fun today,so don't spoil the mood.After cobaan demi cobaan,berjaya la jugaks.Tapi tak cukup quorum la jugaks since Sob and Far tak follow.Takpelah,mana yang ada jelah kan.

Gerak dengan tiga bijik kereta (menangis cikgu bm aku baca nih,tiga buah kereta rohaya...baik cikgu).Sampai je cherating masing-masing teruja nak mandi and all.Apa-apa pun,makan la dulu ye tak.After that,baru la masing-masing pergi mandi.Tapi aku tak join pon,not having the mood to jump into the water.So,jadik photographer jela.

Tapi,lepas tengok dorang sonok mandi,hati aku jadi macam "ishk,takleh jadi nih,nak kena join gaks nih..",so terus ke toilet untuk tukar baju.Then,masa aku kuar toilet tuh,alangkah terkejutnya,semua member-member dah naik.Dorang cakap,suria kena gigit ngan obor-obor.Habis bengkak-bengkak tangan dia.Dah macam tangan papaya pulaks.Aku suruh pergi kelinik since before this aku ada experience kawan aku kena the same things and it became worse,so...terus carik kelinik terdekat.Nak tahu terdekat kat mana?? Kemaman,dah masuk terengganu dah.Hhahhaha.Nvm.At least kawan aku okay.

Sampai je kelinik,doctor cucuk and kasi ubat.Then,terus balik ke Cherating again.Patah semangat aku nak mandi.Tak jadi terus.Yang lain-lain pun terus salin baju and siap-siap untuk lunch.Aku tak dapat mandi pantai,mandi kat toilet tepi pantai pun jadi lah.

Dah settle semua tuh,kitorang singgah masjid untuk solat zohor then gerak ke megamall untuk main bowling la kononnye.Tapi,seperti yang dijangkakan,penuh lanes semua.Ada tournament.So,tukar plan,nak tengok movie.Tapi tak jadi gaks.Last sekali,we all window shopping sambil makan eskrem yang dibelanje oleh kak su.Tenkiu kak su.

After that,pergi plaks taman gelora.Beli durian,picnic plaks kat tepi pantai.Aktiviti makan di tepi pantai diselang-seli dengan aktiviti rejaman sahabat-sahabat.Ingatkan lepastuh,nak pergi tengok movie plaks,tapi sebab aku and mokteh dah tak larat sangat,plus budak jatam mahu pulang,kitorang terus pulang ke UMP.Balik bilik terus terbongkang tidur.Gila lah.Seperti sudah habis final sahaja kan? Padahal ada satu lagi paper 3 jam credit hours.Gud luck with that.

P dan S:- The picture is a lil bit terabur.Malas mahu arrange in order.Enjoy it!


"agama yang benar"...berposing duyung terdampar.


my sayang-sayang before pergi mandi-manda

Encik Lonjong yang terkorban di perbatasan.Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Kak Sue belanje eskrem.Yummy!!


Saya mahu yang ni.Tolong pinangkan dia untuk saya.

Wanita berkalung Sorban

Saya hadiahkan kamu kiss.(dialog dipetik dari movie "ketika cinta bertasbih")

Depan lift pun jadi.

yEay....Yeay..nak dapat adik baru.

In front of Clarence's car
Tiba-tiba arini abe jadi ensem.Hhahahhaa

My classmates dari diploma sampai degree.
My wish that will never come true.
Ewan,claren,megsya and cik jelita

Wif encik-encik bijak pandai

Asyik bermanja-manja je mereka nih.

Miss Syarifah
Cik Jelita

please don't tell my mama okay..Shhuuuttttsss!!

"Klinik berdekatan"
Kena cucuk...seb baek my fren x nanges.Allalalaoooo,cian dia

Kesan love bite obor-obor.

Omputes yang mengambil foto sahabat-sahabat saya dari kejauhan.
The three stooges...comel kan?

Bercanda di pasiran pantai

Mekna joining the members

"aya....aya...amekla gambar aku lompat"-kata mekna

no caption
masa mula-mula masing-masing kagum melihat obor-obor.bila dah kena gigit.tak kagum dah.

Cubaan demi cubaan melompat.Megsya,sila cuba lagi.

Gol keeper sampai empat orang....

From top to bottom:-ofazikri,sexygirl,saripah,suria and me.

Oklah.Mahu get some sleep.Oyasumi!

Friday, November 13, 2009

Pening

Sangat kompius rite now where should I go for the industrial training? Satu tuh dah setuju arituh,sekarang nak reject tak sampai hati pulaks.Another two offer pon best tak boleh blah.Bila aku tanya pendapat lecturers,semua pun give the same answers,"Awak nak jadi apa lepas nih? If awak minat ngan design-design,better pergi consultant.....".Tapi masalahnya,aku sendiri masih gagal mengenalpasti apa yang aku minat or what I wanna be.Bahahahhaa.Kronik tak masalah aku?

Dah la next week I should confirm to the Unit Latihan Industri pasal company yang aku sure nak amek.Haru betul la.Aku dah cuba doa-doa mintak petunjuk,but until now, still not sure.

Ya Allah,bagilah aku petunjuk mana sepatutnya aku pergi.Harapnya,aku tak buat keputusan yang silap.Biarlah tempat LI nih dapat aku menimba banyak ilmu-ilmu berguna dan semuge aku boleh terus kerja kat sana.

Aku tak pentingkan sangat kebesaran company or salary yang besar,tapi aku harap,aku boleh happy keje kat situ.Duit banyak pun if tak happy,tak guna gaks kan.

nota kaki:- Nak bagi nasihat kat orang pandai,memang mudah,tapi bila kena batang hidung sendiri,rasa macam sesak dada ni nak fikir keputusan yang betul.Betul lah kata pepatah melayu; "berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul".Ada kaitan tak?

Saturday, November 7, 2009

Negeri sembilan juara piala malaysia.

KUALA LUMPUR – Penantian 61 tahun skuad Negeri Sembilan akhirnya berbaloi apabila menjuarai Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas mengalahkan Kelantan 3-1 sebentar tadi.

Gol skuad Rusa dijaringkan oleh Shahurain Abu Samah (m-17), Hairudddin Omar (m-46) dan Mohd. Zaquan Adha Radzak (pen, m-59).

Kali terakhir Skuad Hoben Jang Hoben membawa pulang piala itu ialah pada tahun 1948 yang ketika itu dikenali sebagai Piala HMS-Malaya.

Kelantan yang merupakan pasukan favorite dilihat lemah dalam melakukan penyudah untuk mencari gol di samping pertahanan yang longgar untuk memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menyumbat gol.

Namun bintang Kijang, Indra Putra Mahayuddin berjaya memperoleh gol saguhati pada masa kecederaan m-93 melalui sepakan percuma.

Kapasiti 85,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil yang majoritinya dipenuhi dengan penyokong Kelantan turut diwarnai dengan pelbagai kejadian yang kurang menarik termasuk beberapa kerusi penonton dibakar selain botol air minuman dan mercun dibaling ke dalam padang.

Entri di copy paste dari sini.

nota kaki:- Saya happy Negeri Sembilan menang.Dan saya harap MU pun akan menang esok.

Thursday, November 5, 2009

Takkooootttt

Aku baru lepas tengok citer hantu,takut!!!.Rumet dah tido.Seorang diri,baru tengok pra cerita je,tak sempat lagi kuar hantu,tapi tak jadi tengok.Takuuttt.Jadi terus buat keje lain,seperti update belog.Hahahha.Gilor.Kan dah tak boleh tido.Takuttt.Esok siang la baru sambung tengok,itupun kena ajak kawan-kawan sekali.Biar sama-sama takut.Eh,dah lama nak letak photos-photos yang menawan kalbu kat belog nih,cuma tak sempat je.Sekarang mahu letak banyak-banyak la.

comel x? hehehee.

eyuckss....so gay! (untuk tontonan 19 tahun ke atas)
dari kiri label:- mekna akan ke Ireland,miza dah pun ke Egypt,aku...tak kemana-mana pun.hahhaaI always wanted to wear glasses but every time I do my eyes check,I will score full marks.Yes,dun worry,I bersyukur my eyes were just fine.my sayang;always have,always willMy beloved rumet yang slalu ingatkan saya jangan malas study.Hhehhee..

Oklaa.nak tidur dah.Harap-harap tak mimpi hantu.Biarlah saya mimpi jejaka idaman saya ke,saya makan yang enak-enak ke.Yang penting mimpi indah.GUDNITE EVERYBODY!!


Hairannya?

Janganlah anda semua hairan atau terpeggun kenapa saya boleh menulis entri ini.Bukankah kata nak bersara dari penulisan belog? Saya bukanlah nak bersara betul-betul atau tipu-tipu,tapi lebih kepada bercuti seketika dikala memfokus pada persembahan projek akhir tahun (lucu kan bila di translate ke bahasa "final year project presentation").Nevermind,saya dah pun selesai present,bagus atau tidak markah saya,saya redha dan tawakal pada Allah.Cehh,minggu-minggu peperiksaan nih,memang saya alim-alim sikit.Kalau tak,saya alim-alim banyak.Hehhehe..

Beberapa hari kebelakangan ni,saya memang sibuk menyiapkan thesis saya.Buang apa yang tak patut,dan tambah lagi apa yang boleh ditambah.Syukurlah,semua dah selesai.Kini saya sibuk mempertimbangkan antara company-company yang ingin saya pergi untuk latihan industri kelak.Saya bingung,tak tahu nak pilih yang mana satu.

Jalan yang terbaik,saya buat solat sunat istikharah.Saya nih,bukanlah mahir sangat ilmu-ilmu agama nih.Jadi saya google la cara-cara solat sunat nih.Yang kelakarnye,saya terjumpa ini:-


Access denied,category:-kids wasting time


Pelik tapi benar,adakah patut,web-web camni,di access denied kan?Never mind,nasib baik ada web lain yang menjawab persoalan saya yang jahil ni.

P/S:Semoga Allah memberikan saya petunjuk terbaik dan semoga Allah membantu saya dan kawan-kawan menghadapi peperiksaan akhir minggu hadapan dan seterusnya.Amin.